Mencari sesuatu yang hilang

 

Kadang kala terdetik di hati ini adakah aku layak untuk menjadi seorang isteri dan mama? 
kalau aku layak kenapa sampai ke saat ini aku masih menyendiri?
dan kadang-kadang terdetik juga rasa cemburu/iri hati apabila kawan-kawan dari zaman universiti dahulu telah mempunyai kehidupan yang stabil. dah ada keluarga sendiri, rumah sendiri. sedangkah diriku ini masih lagi mencari pekerjaan yang selayaknya dengan qualification yang aku ada. aku selalu memujuk hati ini agar berdamai dengan takdir. mungkin ada pelangi yang sedang menanti aku selepas ini. sekarang ini aku sedang menyambung pelajaran dalam diploma pendidikan. aku berharap semoga pada tahun 2026 akan membuka ruang dan memperoleh rezeki untuk mendapat temuduga SPP dan lulus temuduga tersebut. supaya dapat bergelar seorang pendidik yang akan memberikan manfaat kepada bakal anak didikku kelak.
    Mungkin kawan-kawan aku akan beranggapan aku tidak bersyukur dengan apa yang aku miliki sekarang. Walaupun aku tidak bekerja aku telah mempunyai kereta sendiri, apa yang aku nak in shaa allah aku akan dapat tapi aku merasakan jiwa aku sangat kosong sebab sehingga ke detik ini aku masih lagi menyusahkan keluarga aku. Aku ingin memiliki pendapatan aku sendiri iaitu duit dari hasil titik peluh aku sendiri. Aku tidak mahu menyusahkan keluarga aku lagi. Aku nak hidup berdikari tanpa bantuan dari keluarga dan aku juga ingin membalas jasa mereka yang telah banyak menghabiskan wang ringgit untuk aku. Ya allah semoga engkau hadirkan sebuah pelangi yang indah selepas ini.
   Jika aku tidak bertemu jodoh nanti mungkin aku akan mengambil anak angkat sebab aku sangat sukakan budak-budak. Merekalah yang akan mengisi masa dan ruang yang terdapat dalam hati ini😊

Comments