Posts

Mencari sesuatu yang hilang

Image
  Kadang kala terdetik di hati ini adakah aku layak untuk menjadi seorang isteri dan mama?  kalau aku layak kenapa sampai ke saat ini aku masih menyendiri? dan kadang-kadang terdetik juga rasa cemburu/iri hati apabila kawan-kawan dari zaman universiti dahulu telah mempunyai kehidupan yang stabil. dah ada keluarga sendiri, rumah sendiri. sedangkah diriku ini masih lagi mencari pekerjaan yang selayaknya dengan qualification yang aku ada. aku selalu memujuk hati ini agar berdamai dengan takdir. mungkin ada pelangi yang sedang menanti aku selepas ini. sekarang ini aku sedang menyambung pelajaran dalam diploma pendidikan. aku berharap semoga pada tahun 2026 akan membuka ruang dan memperoleh rezeki untuk mendapat temuduga SPP dan lulus temuduga tersebut. supaya dapat bergelar seorang pendidik yang akan memberikan manfaat kepada bakal anak didikku kelak.     Mungkin kawan-kawan aku akan beranggapan aku tidak bersyukur dengan apa yang aku miliki sekarang. Walaupun aku tidak ...